

PUSAT PENGURUSAN BAKAT AKADEMIK
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PENGENALAN
Tentang Kami
Pusat Pengurusan Bakat Akademik (PPBA) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah ditubuhkan pada 1 Februari 2013 dan bertanggungjawab untuk mengurus dan melaksana Dasar Pembangunan Bakat Akademik. Fokus penubuhan PPBA adalah mengurus pembangunan dan pemerkasaan kerjaya ahli akademik selaras dengan Visi, Misi dan Pelan Strategik UMT. PPBA diterajui oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh jawatankuasa tetap yang dilantik oleh Pengurusan Tertinggi UMT. Secara amnya, semua urusan berkaitan pembangunan bakat akademik merujuk kepada Skim Perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia dan menggunapakai peraturan-peraturan pegawai awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidamatan 2012), Perlembagaan UMT dan Syarat Tambahan yang ditetapkan oleh Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU), Jawatankuasa Pembangunan Bakat Akademik (JKPBA) dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU).
